Liverpool tenang pintas Arsenal kembali ke puncak EPL

Jota pencetak gol buat Liverpool di Burnley. - Foto Agensi
Jota pencetak gol buat Liverpool di Burnley. - Foto Agensi
A
A
A

CALON juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool kembali semula ke puncak liga menyingkirkan Arsenal selepas berjaya menjinakkan Burnley, 2-0 di Stadium Turf Moor pada Rabu.

Kemenangan ke-12 liga selepas 19 perlawanan itu menyaksikan The Reds kendalian Jurgen Klopp meninggalkan The Gunners pimpinan Mikel Arteta yang kurang satu aksi dengan dua mata.

Tiga mata diraih Liverpool juga melebarkan momentum kemenangan kelab berprofil tinggi Inggeris tersebut sepanjang Boxing Day kepada enam perlawanan di bawah Klopp.

Diogo Jota melengkapkan malam gembira penyokong-penyokong Liverpool dengan gol pada minit ke-90 selepas Darwin Nunez meletakkan pasukan pelawat di depan minit keenam.

Liverpool sebelum itu berpeluang melebarkan jaringan, namun sentuhan Cody Gakpo (m-28) dan Harvey Elliott (m-55) dinafikan video bantuan pengadil (VAR) selain percubaan Mohamed Salah menggegarkan palang gol dalam aksi didominasi pasukan pelawat.

"Apa sahaja yang difikirkan dunia luar mengenai perlawanan ini sejujurnya sangat sengit, dan apabila datang ke sini dan berjaya bermain dengan gaya permainan yang kami mahukan ia sangat luar biasa.

"Sebenarnya, ia juga luar biasa kerana kami tidak menjaringkan lebih banyak gol, ini kerana kami melakukannya dengan alasan yang berbeza," kata Klopp.

Mengenai status Liverpool sebagai pendahulu liga, Klopp berkata: "Sejujurnya 42 mata, itu benar-benar menyenangkan.

Artikel Berkaitan:

"Itu benar-benar sejuk kerana bahagian pertama musim ini (dilakukan) dan ia benar-benar baik-baik saja apa yang kami lakukan.

"Tidak sempurna tetapi tidak mengapa."