Park Jeohong kemudi KDN FC

Rozi (dua dari kanan) pada Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pasukan KDN FC di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat.
Rozi (dua dari kanan) pada Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pasukan KDN FC di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat.
A
A
A

KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) mengumumkan Park Jeohong dari Korea Selatan selaku ketua jurulatih pasukan dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025.

Presiden KDN FC, Rozi Muhamad berkata, Jeohong telah menerima tawaran pengurusan sejak Februari lalu, namun beliau tidak dapat hadir ke Kelantan lebih awal atas sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Menurutnya, penerimaan lamaran itu juga tidak diuar-uarkan atas beberapa sebab tertentu.

"Perancangan awal kami ialah beliau tiba lebih awal sebelum Hari Raya Aidilfitri tetapi ada beberapa kekangan dan hari ini kita perkenalkan secara rasmi kesemua yang terlibat dalam saingan liga termasuk beliau," katanya.

Rozi ( berdiri, tujuh dari kanan) bersama pemain dan pengurusan KDN FC pada Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pasukan KDN FC di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat.
Rozi ( berdiri, tujuh dari kanan) bersama pemain dan pengurusan KDN FC pada Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pasukan KDN FC di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pasukan KDN FC di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Rozi berkata, ketua jurulatih itu tiba di Kota Bharu tiga hari lalu dan akan mengemudi latihan pasukan yang sebelum ini dikendalikan Penolong Ketua Jurulatih, Rezal Zambery Yahya.

Tambahnya, Jeohong menjadi pilihan KDN FC kerana pengalaman serta rekod beliau yang pernah melatih beberapa kelab dari Thailand, Romania dan China selain kelab di negara asalnya.

Artikel Berkaitan:

"Bagi mempersiapkan pasukan untuk perlawanan musim ini, barisan jurulatih yang ada juga turut mendapatkan rujukan Jeohong.

"Besar harapan kami supaya Jeohong dapat membawa pasukan pada kedudukan terbaik khususnya Liga Super," katanya.

Rozi turut melahirkan keyakinan gabungan Jeohong bersama Rezal Zambery dapat mengubah corak permainan pasukan musim ini sekali gus memberi saingan sengit kepada pasukan lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!