Korea Selatan lancar satelit pengintip kedua ke orbit

Korea Selatan telah berjaya melancarkan satelit pengintip kedua yang dibangunkan negara itu ke orbit dengan menggunakan roket Falcon 9 SpaceX. Foto AFP
Korea Selatan telah berjaya melancarkan satelit pengintip kedua yang dibangunkan negara itu ke orbit dengan menggunakan roket Falcon 9 SpaceX. Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Korea Selatan telah berjaya melancarkan satelit pengintip kedua yang dibangunkan negara itu ke orbit dengan menggunakan roket Falcon 9 SpaceX, menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan pada Isnin, lapor Sputnik.

Roket itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida, Amerika Syarikat pada 8.17 pagi waktu tempatan (GMT 2317 Ahad) dan menghantar satelit pengintip ke orbit kira-kira 45 minit selepas pelancaran, lapor Agensi Berita Korea Selatan Yonhap.

Satelit itu kemudiannya disambungkan dengan stesen bumi asing pada 10.57 pagi.

Ini adalah pelancaran satelit pengintip tentera kedua Seoul di bawah rancangan Korea Selatan untuk meletakkan lima satelit pengintip ke orbit menjelang tahun 2025 untuk memantau aktiviti Korea Utara.

Langkah itu dibuat ketika Pyongyang didakwa meningkatkan usaha untuk membangunkan keupayaan mengintip di angkasa yang berpotensi meningkatkan "keupayaan serangan yang tepat" terhadap sasaran utama di Korea Selatan dan Amerika Syarikat. - Bernama-Sputnik

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!