Kim Min-jae dinobat pemain terbaik Korea Selatan

Kim Min-jae (kanan) mengasak penyerang Manchester United, Rasmus Hojlund semasa pertemuan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di Old Trafford pada awal Disember lalu. Foto: AFP
Kim Min-jae (kanan) mengasak penyerang Manchester United, Rasmus Hojlund semasa pertemuan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di Old Trafford pada awal Disember lalu. Foto: AFP
A
A
A

BENTENG kental Bayern Munich, Kim Min-jae dinamakan sebagai pemain terbaik tahunan Korea Selatan untuk 2023.

Ia merupakan penghormatan pertama Min-jae, sekali gus menamatkan dominasi penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min yang meraih gelaran tersebut empat tahun berturut-turut.

Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) mengumumkan pada Selasa bahawa Min-jae memenangi anugerah Pemain Terbaik Lelaki selepas memperoleh 137 mata dalam undian oleh wartawan bola sepak dan ahli jawatankuasa pembangunan teknikal KFA dan jawatankuasa pasukan kebangsaan.

Son yang telah memenangi tujuh anugerah Pemain Terbaik Tahunan, termasuk empat kali berturut-turut dari 2019 hingga 2022, menamatkan saingan sebagai naib juara kali ini dengan 113 mata.

Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Lee Kang-in menduduki tempat ketiga dengan 84 mata.

Min-jae menandatangani kontrak dengan Bayern Munich pada musim panas lalu selepas menampilkan aksi memukau bersama Napoli di Itali.

Pada Mei 2023, Min-jae membantu Napoli memenangi kejuaraan Serie A pertama mereka dalam tempoh 33 tahun dan dia kemudiannya dinamakan sebagai pertahanan terbaik dalam Seria A.

Kelibat Min-jae di barisan belakang telah membantu Bayern berada di tempat kedua Bundesliga musim ini dengan 38 mata, empat mata di belakang Bayer Leverkusen.

Artikel Berkaitan:

Bayern telah melepaskan gol kedua paling sedikit di Jerman dengan 15 gol

Min-jae, 27, adalah pemain pertahanan pertama yang dinamakan Pemain Lelaki Terbaik KFA sejak Kim Young-gwon pada 2015.

Sebagai rekod, Min-jae menjadi satu-satunya pemain dari rantau Asia yang tercalon untuk Anugerah Ballon D’Or.

Pada kempen Piala Asia di Qatar nanti, ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann telah menyenaraikan Min-jae dalam skuadnya.

Selain Min-jae, Son dan Kang-in turut dipanggil ke dalam pasukan Korea Selatan yang dipenuhi barisan bintang berpangkalan di Eropah.

The Taegeuk Warriors diundi dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan Malaysia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!