Penyerang paderi terkemuka Australia didakwa

Tindakan itu dilakukan ketika live streaming pada awal minggu lalu. - Foto: Agensi
Tindakan itu dilakukan ketika live streaming pada awal minggu lalu. - Foto: Agensi
A
A
A

SYDNEY - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang menikam seorang paderi terkenal di Australia yang turut dipaparkan menerusi live streaming didakwa melakukan tindakan keganasan, menurut polis pada Jumaat.

Siasatan awal mendapati suspek melakukan perjalanan selama kira-kira 90 minit ke gereja di barat Sydney tersebut sebelum menikam Biskop Mar Mari Emmanuel sebanyak enam kali.

Difahamkan, suspek yang turut cedera mengikuti prosiding tersebut dari hospital.

Pihak berkuasa mengemukakan pertuduhan tersebut setelah penemuan alat elektronik sebagai bukti kes di kediamannya dan soal siasat ke atasnya.

Polis menafikan ikat jamin dan remaja itu bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabit bersalah.

Sementara itu, Emmanuel yang cedera dan sedang pulih di hospital dengan rendah hati memberitahu beliau tetap memaafkan perbuatan pelaku ketika para pengikutnya menzahirkan rasa marah terhadap kejadian tersebut.

Ketika ini, pihak berkuasa juga masih belum mengesahkan bentuk ideologi yang mendorong penyerang bertindak sedemikian. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: