Remaja lelaki, anak saudara lemas ketika mandi sungai


Seorang remaja lelaki bersama anak saudaranya lemas ketika mandi di Sungai Kaiduan, Kampung Kaiduan, Kinarut Papar.
Seorang remaja lelaki bersama anak saudaranya lemas ketika mandi di Sungai Kaiduan, Kampung Kaiduan, Kinarut Papar.
A
A
A

PAPAR - Seorang remaja lelaki bersama anak saudaranya dilaporkan lemas ketika mandi di Sungai Kaiduan, Kampung Kaiduan, Kinarut, dekat sini pada Selasa.

Mangsa, Maxemanual Jurus, 18, dan Elvin Shane Surazal, 14, pada awalnya cuba diselamatkan orang awam namun dilaporkan meninggal dunia walaupun telah diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.42 petang.

Menurut Rozlan, seramai empat anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 30 kilometer dari BBP Papar.

No Image Caption

"Bilik Kawalan BBP Papar menerima panggilan terdapat dua individu dilaporkan lemas semasa menjalankan aktiviti mandi-manda di sungai.

"Kedua-dua mangsa sempat diselamatkan oleh orang awam dan telah diberi rawatan awal CPR," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Katanya lagi, sepasukan anggota Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) bersama ambulans turut ke lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Lokasi mangsa dilaporkan lemas di Sungai Kaiduan, Kampung Kaiduan, Kinarut Papar.
Lokasi mangsa dilaporkan lemas di Sungai Kaiduan, Kampung Kaiduan, Kinarut Papar.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa yang mempunyai kaitan kekeluargaan disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.28 petang," katanya.