Suri rumah maut kereta terbabas

Seorang suri rumah maut selepas kereta yang dinaikinya terbabas di Kilometer 148 Jalan Jerangau-Jabor dekat sini pada Khamis.Gambar hiasan
Seorang suri rumah maut selepas kereta yang dinaikinya terbabas di Kilometer 148 Jalan Jerangau-Jabor dekat sini pada Khamis.Gambar hiasan
A
A
A

KEMAMAN - Seorang suri rumah maut selepas kereta yang dinaikinya terbabas di Kilometer 148 Jalan Jerangau-Jabor dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa, Siti Khalijah Hassan, 71, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada dan kepala.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 4.55 petang.

"Siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Saga yang dipandu suami mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.

"Kereta dinaiki mereka jatuh cerun dan terbalik.

"Ekoran daripada kejadian itu, mangsa yang merupakan penumpang mengalami kecederaan parah di bahagian dada serta kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Hanyan berkata, suami mangsa pula mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!