Pemenang Voice Student kongsi idea kehidupan lestari bersama Lewis Hamilton

Pemandu Formula Satu Mercedes-AMG Petronas, Lewis Hamilton dan Ketua Perwakilan Pejabat Perwakilan Petronas Beijing Lisy Lee bersama pemenang Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Suara Pelajar pada sesi bertemu dan sapa khas yang diadakan di Shanghai, China.

A
A
A

SHAH ALAM - Pemenang Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Voice Student terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah di Shanghai, China berkongsi idea kehidupan lestari bersama pemandu Formula One Mercedes-AMG Petronas, Lewis Hamilton.

Ketua Perwakilan Pejabat Perwakilan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Beijing, Lisy Lee berkata, pertandingan tersebut selaras dengan idea dan amalan masa hadapan syarikat yang ingin memberi fokus dalam mendidik minda anak muda tentang pemuliharaan biodiversiti.

Gambar beramai-ramai yang diambil selepas sesi perkongsian dan sesi bertemu dan salam khas Student Voices bersama pemandu F1 Mercedes-AMG Petronas, Lewis Hamilton di Shanghai, China.
Gambar beramai-ramai yang diambil selepas sesi perkongsian dan sesi bertemu dan salam khas Student Voices bersama pemandu F1 Mercedes-AMG Petronas, Lewis Hamilton di Shanghai, China.

Menurutnya, bertemakan ‘Memacu Ke Arah Masa Depan Hijau, Memperkasa Suara Belia’, pertandingan itu turut mempamerkan hasil kerja tiga pasukan pemenang edisi tahun ini mengenai idea dan amalan mampan untuk masa hadapan.

Pasukan yang menang diberi peluang untuk terlibat dalam dialog untuk berkongsi idea transformasi mereka bersama Hamilton.
Pasukan yang menang diberi peluang untuk terlibat dalam dialog untuk berkongsi idea transformasi mereka bersama Hamilton.

“Peserta diberi peluang untuk berkongsi idea kehidupan lestari mereka dengan Lewis Hamilton semasa sesi bertemu sapa khas yang diadakan menjelang Grand Prix China.

“Kami bersemangat ingin terus memacu kemajuan ke arah masa hadapan lebih baik untuk semua termasuk menyediakan komuniti berdaya tahan dan menyumbang ke arah kehidupan bumi lebih sihat.

“Kerjasama dengan peserta pertandingan Voice Student bukan sahaja menarik golongan muda untuk mendalami pemahaman dan kesedaran mereka tentang pembangunan mampan masa hadapan, tetapi juga sebagai platform memupuk pemahaman bersama tentang tanggungjawab kolektif kami,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Hamilton bersama salah satu pasukan pemenang Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Voice Student semasa sesi bertemu dan sapa khas di Shanghai, China.
Hamilton bersama salah satu pasukan pemenang Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Voice Student semasa sesi bertemu dan sapa khas di Shanghai, China.

Mengulas lanjut, menurut Lisy, selain pertandingan pidato, mereka turut memperingati ulang tahun ke-20 Formula One Grand Prix di China.

Tambah beliau, perkara tersebut juga merupakan langkah mengembalikan semula sukan perlumbaan Formula One di Shanghai selepas berehat selama lima tahun.

Ujarnya, Petronas juga akan terus menyokong pembangunan rendah karbon yang lebih mampan dalam strategi dan operasi harian secara aktif bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Syarikat akan terus menumpukan kepada tiga tonggak utama bagi memberi impak positif terhadap usaha ini iaitu memperkasakan pengetahuan, ‘planting tomorrow ‘ dan mencerdaskan kehidupan,” ulasnya.

Sementara itu, Hamilton berkata, pertandingan tersebut bukan sahaja membina kerjasama pasukan yang kuat, tetapi juga sebagai usaha dalam memacu kehidupan lestari untuk masa hadapan lebih baik.

“Sungguh mengagumkan untuk melihat keghairahan pelajar muda ini berbincang mengenai idea ke arah kehidupan lestari dan melihat ketiga-tiga kumpulan itu bekerjasama serta menyokong antara satu sama lain ialah sesuatu yang menarik untuk dilihat,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!