Kid Search bertemu jodoh dengan guru bahasa Inggeris

Pasangan pengantin baharu, Kid dan Hariani tersenyum manis selepas sah disatukan sebagai suami isteri.
Pasangan pengantin baharu, Kid dan Hariani tersenyum manis selepas sah disatukan sebagai suami isteri.
A
A
A

CYBERJAYA - Selepas lebih dua tahun kehilangan isteri, pemain gitar ternama tanah air, Kid Search ditakdir kembali bertemu jodoh.

Kid atau nama sebenarnya, Hamzah Md Taib diijab kabul dengan pilihan hatinya, Hariani Kamaruddin.

Pasangan berkenaan disatukan dalam majlis yang diadakan secara sederhana di Masjid Cyberjaya 10, di sini, pada Sabtu.

Pada majlis itu, Awani difahamkan, Kid, 57, turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Hariani, 53, yang juga seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah persendirian.

Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan berkenaan.

Pada 29 November 2021, Kid kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Noraznin Yusof akibat kanser darah myeloma tahap empat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Kuala Lumpur. - Awani

Artikel Berkaitan: