ACCCIM bakal kendali 400 aktiviti padanan perniagaan pada WCEC 2024

Kian Chuan (dua dari kanan) pada sesi taklimat bersama media di sbeuah hotel pada Khamis. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Kian Chuan (dua dari kanan) pada sesi taklimat bersama media di sbeuah hotel pada Khamis. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

PETALING JAYA - Sebanyak 400 aktiviti padanan perniagaan dijangka dikendalikan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) pada Konvensyen Usahawan Cina Sedunia (WCEC) Ke-17 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 9 hingga 11 September ini.

Presidennya, Tan Sri Low Kian Chuan berkata, aktiviti padanan perniagaan berkenaan akan memberi fokus kepada industri makanan, kereta, kenderaan elektrik, peralatan perubatan, teknologi maklumat, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan.

"Konvensyen ini akan menjadi pemangkin untuk mewujudkan perkongsian perniagaan yang inovatif dan kerjasama serantau," katanya pada sidang akhbar selepas taklimat media WCEC di sebuah hotel pada Khamis.

Tahun ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah WCEC selepas pertama kali menganjurkan WCEC ke -7 pada tahun 2003.

Kian Chuan yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur WCEC berkata, konvensyen itu dijangka menarik penyertaan sekurang-kurangnya 1,500 pemimpin perniagaan tempatan dan 3,000 perwakilan luar negara termasuk benua utama dunia.

“Ini termasuk negara-negara Asia, Amerika Utara, Eropah, Amerika Selatan, Oceania, Timur Tengah dan Afrika,” katanya.

Kian Chuan berucap pada Majlis Taklimat Media Konvensyen Usahawan Cina Sedunia (WCEC) ke-17 di sebuah hotel di sini pada Khamis. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Kian Chuan berucap pada Majlis Taklimat Media Konvensyen Usahawan Cina Sedunia (WCEC) ke-17 di sebuah hotel di sini pada Khamis. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Jelas beliau, konvensyen ini juga memberi peluang kepada negara mempamerkan kemampuan dalam dalam memberi peluang perniagaan di kalangan negara asia yang lain terutama China.

Artikel Berkaitan:

“Tahun ini adalah ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China dan dengan kehadiran kira-kira 1,500 ahli perniagaan dan ketua syarikat dari negara berkenaan ianya dapat merancakkan lagi kedatangan pelabur ke negara ini,” katanya,

Sementara itu, Timbalan Presiden ACCCIM, Datuk Ng Yih Pyng berkata, tema ‘Membayangkan Semula Masa Depan’ dipilih untuk WCEC kali ini bertujuan untuk merevolusikan trend semasa bagi membentuk landskap ekonomi dan perniagaan global.

“Platform ini akan mempamerkan kitaran pelaburan Malaysia dalam sfera ASEAN dan trend dalam memajukan teknologi seperti kecerdasan buatan, semikonduktor, teknologi hijau yang merupakan pintu masuk pelaburan ke ASEAN termasuk pembangunan ekonomi China pada era baharu.

“Topik lain yang menarik ialah pengaruh teknologi, advokasi tanggungjawab sosial dan keusahawanan muda bagi membentuk hubungan yang lebih kukuh antara bakal pelabur dengan landskap pelaburan yang semakin meningkat di Malaysia dan juga rantau ini,

"Kami juga mahu memastikan perwakilan yang hadir dapat menimba pengalaman menerusi perkongsian serta peluang bagi meneroka pasaran baharu syarikat masing-masing,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!