Sila log masuk terlebih dahulu.

Tiada pemimpin Arab berani sokong Ismail Haniyeh dan Hamas, tapi PM Malaysia berani

17 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Rakyat Malaysia perlu cuba memahami situasi politik antarabangsa termasuk permainan di sebalik tabir untuk membuat keputusan dan penghakiman yang betul terhadap isu tersebut, kata Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Dr Azmi Hassan.

Ulasnya, pemimpin negara berdepan kesukaran atau ‘dipulas tangan’ dalam isu-isu tertentu, namun dalam konteks sokongan kepada Palestin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan keberanian apabila dua kali menyatakan sokongan secara terbuka kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh pada ketika pemimpin negara Arab pun tidak berani melakukannya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar edisi 436 bertajuk “Konflik Iran-Israel: Kesan kepada Malaysia” di platform digital Sinar Harian.

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=Li3LJp8CCow

Facebook: https://fb.watch/ruamHfTaVZ/

X: https://twitter.com/SinarOnline/status/1780212039950180628

Portal: https://www.sinarharian.com.my/article/659856/video/wacana/wacana-sinar-konflik-iran-israel-kesan-kepada-malaysia

#Wacana #SinarHarian #MalaysiaMadani #Palestin #Gaza #IranAttackIsrael #Isreal #IsraelIranWar #IranIsraelConflict #Iran