200 ulama Nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini

Mohd Na'im pada sidang media selepas mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 di Kompleks Islam Putrajaya, pada Khamis. Foto Bernama
Mohd Na'im pada sidang media selepas mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 di Kompleks Islam Putrajaya, pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 200 ulama Nusantara dijangka menghadiri Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, persidangan yang dijadualkan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, menjangkakan kehadiran 1,500 peserta pada hari pertama yang berlangsung secara bersemuka.

"Hari kedua pula, akan diadakan persidangan ulama peringkat ASEAN yang akan dirasmikan oleh saya sendiri,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 di sini pada Khamis.

Mohd Na’im berharap persidangan itu diharap dapat menjadi platform kepada golongan agama dan ilmuwan untuk memainkan peranan dalam mewujudkan masyarakat yang aman, sejahtera dan harmoni.

"Kita harapkan agar pemimpin agama akan dapat main peranan untuk mengajak masyarakat ke arah kesatuan dan hidup dalam keadaan aman. Itu asasnya yang kita mahu,” katanya.

Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Jemaah Menteri telah meluluskan memorandum daripada Mohd Na’im berhubung penganjuran Persidangan Ulama Sedunia.

Persidangan itu yang kali pertama diadakan pada Julai 2022 di Subang Jaya, Selangor merupakan kerjasama antara Muslim World League dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. - Bernaam

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: