TPM saran kakitangan kerajaan lakukan aktiviti X-Break selepas mesyuarat

Ahmad Zahid bersama beberapa menteri kabinet melakukan aktiviti ringkas selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS).
Ahmad Zahid bersama beberapa menteri kabinet melakukan aktiviti ringkas selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS).
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan kepada kakitangan kerajaan supaya melakukan aktiviti ringkas selepas mengadakan mesyuarat agar kekal aktif sepanjang hari.

Ahmad Zahid berkata, aktiviti ringkas seperti senaman X-Break diharap dapat diterapkan oleh setiap kakitangan kerajaan terutama sewaktu mengadakan mesyuarat, perbincangan, kursus, tugasan makmal atau bengkel mahupun ketika bekerja di hadapan komputer.

"Usai Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS), kami semua telah melaksanakan aktiviti senaman ringan atau X-Break untuk memastikan semua kekal aktif bagi meneruskan rutin pekerjaan dan tugasan masing-masing.

"Saya berharap aktiviti ini dapat dilakukan kerana berkesan sekiranya untuk terus kekal aktif dan segar sewaktu bekerja," katanya menerusi laman Facebook pada Khamis.

Menerusi hantaran yang sama, Ahmad Zahid turut memuat naik video melakukan X-Break selepas mesyuarat JKPS.

Video berdurasi 21 saat itu memaparkan beberapa pemimpin negara antaranya Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan ramai lagi melakukan X-Break.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: