Tayangan awal Sheriff raih lebih RM1 juta

Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan Syafiq Kyle merupakan teraju utama Sheriff.
Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan Syafiq Kyle merupakan teraju utama Sheriff.
A
A
A

FILEM arahan Syafiq Yusof, Sheriff telah meraih kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal pada 17 April di pawagam, sekali gus berada di tangga pertama carta Top 10 GSC Malaysia serta mengetepikan filem antarabangsa.

Sheriff merupakan terbitan dua penerbit besar tempatan iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw, memulakan tayangan rasminya pada hari ini di panggung wayang seluruh negara.

Syafiq yang merangkap pengarah, cerita asal dan lakon layar meluahkan rasa syukur dengan penerimaan positif daripada penonton.

“Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan pada tayangan awal semalam. Ini adalah permulaan yang baik untuk Sheriff dan kami menjangkakan penonton akan pergi ke pawagam terutamanya pada hujung minggu ini.

"Kami mengharapkan filem ini mampu menepati cita rasa penonton. Ajak rakan-rakan atau keluarga meluangkan masa bersama dengan menikmati Sheriff yang memaparkan subjek ‘polis tangkap polis’ menerusi lakonan mantap pelakon-pelakon tanah air," ujarnya.

Sheriff berada di tangga pertama dalam senarai Top 10 filem di GSC.
Sheriff berada di tangga pertama dalam senarai Top 10 filem di GSC.

Sheriff menampilkan watak Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang berasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.

Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas daripada cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa yang sama, Sheriff, seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

Temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 20, 21, 27 dan 28 April.

Ikuti perkembangan dan maklumat lanjut di akaun media sosial Astro Shaw atau Skop Productions, Facebook, TikTok, Instagram dan X.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!