Bajet untuk selenggara, baiki jalan sedia ada

Antara jalan alternatif yang didakwa mengalami kesesakan teruk ialah di Kuala Pertang, Kuala Krai. Foto pengguna media sosial
Antara jalan alternatif yang didakwa mengalami kesesakan teruk ialah di Kuala Pertang, Kuala Krai. Foto pengguna media sosial
A
A
A

KOTA BHARU - Bajet untuk naik taraf atau selenggara jalan hanya akan digunakan untuk jalan sedia ada yang sudah dirancang dan belum ditumpukan kepada jalan alternatif.

Mengulas perkara itu, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Izani Husin berkata, naik taraf jalan memerlukan kira-kira RM150 juta tetapi bajet yang sedia ada antara RM40 juta hingga RM50 juta.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri akan cuba memberi khidmat terbaik kepada rakyat bagi memastikan kemudahan itu lebih selesa terutama pada musim perayaan.

"Tahniah kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana banyak jalan sedia ada sudah ditambah baik dan tidak ada jalan rosak teruk sepanjang kepulangan perantau sempena Hari Raya Aidilfitri lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan di Dataran Warisan Stadium Muhammad IV.

Dr Izani (dua dari kanan) melayan tetamu yang menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan di Dataran Warisan Stadium Muhammad IV.
Dr Izani (dua dari kanan) melayan tetamu yang menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan di Dataran Warisan Stadium Muhammad IV.

Pada sambutan Aidilfitri lalu, perantau dari Kelantan berdepan masalah kesesakan membabitkan laluan utama dan jalan alternatif.

Dr Izani mengakui kesesakan yang berlaku dan masalah berkenaan katanya dijangka akan selesai apabila Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (CSR) siap sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

"Kita masih berharap (kerajaan) Persekutuan menaikkan bajet untuk menyelesaikan masalah jalan rosak terutama kos penyelenggaraan yang tinggi," katanya.

Menurut beliau, JKR juga mungkin ada perancangan untuk pembukaan jalan baharu tetapi semua itu bergantung kepada bajet.

"Kita dari masa ke masa pula akan melihat keperluan rakyat insya-ALLAH kita akan cuba mohon lagi dengan Persekutuan atau negeri supaya pembinaan jalan dapat dilaksanakan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!