Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue

FAM akan pantau situasi padang SNBJ kerana difahamkan ada satu konsert lagi akan diadakan - Foto: Fail Bernama
FAM akan pantau situasi padang SNBJ kerana difahamkan ada satu konsert lagi akan diadakan - Foto: Fail Bernama
A
A
A

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.

Harimau Malaya masih mempunyai baki dua perlawanan dalam Kumpulan B dengan perlawanan terakhir bertemu Chinese Taipei dijangka berlangsung di venue keramat itu.

Bagaimanapun, setelah beberapa kali dihujani kritikan berikutan kegagalan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menyediakan permukaan padang Bukit Jalil yang terbaik, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed menjelaskan sudah pun mengenal pasti gelanggang yang sesuai iaitu Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Kami akan pantau situasi padang, sebab saya difahamkan ada satu konsert lagi akan diadakan di SNBJ. Ini pun memberi kita satu tekanan sama ada mahu digunakan atau tidak.

“Tapi akhirnya kami akan lihat, selepas ini kami tiada kompromi mengenai situasi padang, jika boleh digunakan kami akan guna.

"Keutamaan kami adalah pemain, kami tidak mahu pemain cedera. Itulah periuk nasi mereka," katanya dipetik daripada MakanBola. - Stadium Astro/ Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: