Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turkiye hujung minggu ini - Erdogan

Gambar fail menunjukkan pertemuan terakhir Erdogan (tengah) dengan Ismail (kanan) dan Mahmoud Abbas di istana presiden di Ankara pada Julai 2023. Foto Reuters
Gambar fail menunjukkan pertemuan terakhir Erdogan (tengah) dengan Ismail (kanan) dan Mahmoud Abbas di istana presiden di Ankara pada Julai 2023. Foto Reuters
A
A
A

ISTANBUL - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, beliau akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kumpulan pejuang Palestin Hamas, Ismail Haniyeh, hujung minggu ini.

“Pemimpin perjuangan Palestin akan menjadi tetamu saya hujung minggu ini,” Erdogan yang juga seorang pengkritik lantang Israel kepada Ahli Parlimen Turkiye, di sini, pada Rabu.

Walaupun tidak menyebut lokasi pertemuan itu, seorang pegawai kanan Turkiye berkata, kedua-dua pemimpin berkenaan dijangka akan mengadakan perbincangan pada Sabtu ini di Istana Dolmabahce, di sini.

“Saya akan kekal dan meneruskan sokongan mempertahankan perjuangan Palestin dan menjadi suara rakyat Palestin yang tertindas selagi Tuhan memberikan saya nyawa,” kata Presiden Turkiye itu sambil menggelar Hamas sebagai 'kumpulan penentang'.

Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan yang berada di Qatar pada Rabu berkata, beliau menghabiskan masa selama tiga jam bersama Ismail dan pembantunya untuk "bertukar pandangan yang mengenai rundingan gencatan senjata".

Pada Rabu, Qatar yang juga ‘orang tengah’ antara Israel dan Hamas mengakui rundingan untuk menamatkan permusuhan di Gaza dan membebaskan tebusan "terhenti."

Hakan yang bercakap dengan Haniyeh yang menetap di Qatar mengenai bagaimana Hamas "mesti menyatakan dengan jelas harapannya, terutamanya mengenai penyelesaian dua negara."

Pertemuan terakhir Erdogan dengan Ismail ialah pada Julai 2023 apabila Erdogan menjadi tuan rumah Ismail dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di istana presiden di Ankara.

Artikel Berkaitan:

Sementara pertemuan kali terakhir antara Ismail dan Hakan pula ialah di Turkiye pada 2 Januari lalu. - AFP/Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!