SPRM tahan kakitangan Pejabat Perikanan Perlis terima sogokan bulanan

SPRM pada Rabu menahan seorang kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Perlis yang dipercayai menerima sogokan bulanan daripada sebuah syarikat dua tahun lepas.
SPRM pada Rabu menahan seorang kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Perlis yang dipercayai menerima sogokan bulanan daripada sebuah syarikat dua tahun lepas.
A
A
A

KANGAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu menahan seorang kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Perlis yang dipercayai menerima sogokan bulanan daripada sebuah syarikat dua tahun lepas.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 44 tahun itu dipercayai menerima rasuah berjumlah RM800 secara bulanan sebagai dorongan supaya pihak Jabatan Perikanan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh bot-bot menangkap ikan milik syarikat tersebut.

Sumber itu berkata, sebanyak enam transaksi dikesan membabitkan akaun bank Pembantu Laut (Gred A19) itu sekitar 2022.

Beliau berkata, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Perlis pada 2.45 petang.

Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan bahawa permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: