SPRM sita 9 kenderaan mewah kes rasuah tender kerajaan

Sembilan buah kenderaan mewah yang disita SPRM berhubung siasatan terhadap bekas setiausaha politik kepada mantan menteri dan seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk Seri.
Sembilan buah kenderaan mewah yang disita SPRM berhubung siasatan terhadap bekas setiausaha politik kepada mantan menteri dan seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk Seri.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita sembilan kenderaan mewah untuk siasatan terhadap bekas setiausaha politik kepada mantan menteri dan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri berhubung kes meminta serta menerima suapan daripada beberapa syarikat yang mendapat tender di sebuah kementerian.

Bekas setiausaha politik kepada mantan menteri dan seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk Seri dilanjut reman selama tiga hari sehingga 30 Januari untuk siasatan lanjut.
Bekas setiausaha politik kepada mantan menteri dan seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk Seri dilanjut reman selama tiga hari sehingga 30 Januari untuk siasatan lanjut.

Sumber berkata, kenderaan yang disita dan dirampas itu ialah milik suspek.

"Kenderaan yang disita ialah Rolls Royce Ghost V12 Ewb, Mercedes-Benz G63 Amg Brabus, Range Rover Autobiography, Porsche Cayenne, Toyota Land Cruiser, Mini Cooper Works Rhd, Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan Mercedes-Benz S400L.

"Kesemua kenderaan mewah tersebut kini disimpan di gudang sita SPRM," katanya pada Sabtu.

Tambah sumber itu, dipercayai kenderaan-kenderaan mewah tersebut adalah hasil dari sumber rasuah yang telah diperoleh oleh suspek bersangkutan dengan tender di kementerian terbabit.

Selain itu, reman kedua-dua individu berusia lingkungan 40-an itu telah dilanjutkan tiga hari bermula Ahad hingga 30 Januari.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ain Nurshahira Sahzan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan reman lanjut terhadap dua suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kedua-dua suspek itu telah direman selama empat hari bermula 24 Januari lalu bagi membantu siasatan terhadap kes berkenaan.

Mereka dipercayai telah menerima suapan daripada syarikat serta kontraktor yang mendapat tender kerja di sebuah kementerian sekitar 2020 hingga 2021 bernilai jutaan ringgit.

@sinarharianonline

SPRM sita 9 kenderaan mewah kes rasuah tender kerajaan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #SPRM #Sita #Kenderaan #Mewah #Tender #Kerajaan

After Dark - swonsie & Radiepslol