Sumbang baju raya baharu, Wayout Solution raikan 100 anak yatim

Setiap penerima bebas memilih set baju raya yang disukai daripada variasi koleksi ditawarkan oleh Jakel.
Setiap penerima bebas memilih set baju raya yang disukai daripada variasi koleksi ditawarkan oleh Jakel.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lebih 100 anak yatim mendapat manfaat sumbangan baju raya percuma menerusi program Infaq Mahabbah Riang Raya baru-baru ini.

Pengarah Wayout Solution Sdn Bhd (Wayout Solution), Daniel Sharifuddin berkata, usaha menyalurkan sumbangan itu dilakukan oleh pihak syarikat dengan kolaborasi bersama gedung pakaian, Jakel.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan masyarakat terutama buat golongan yang kurang bernasib baik.

Menerusi inisiatif tersebut, kata beliau, setiap penerima bebas memilih set baju raya yang disukai daripada variasi koleksi ditawarkan oleh Jakel.

Anak yatim dibawa membeli-belah baju raya baharu dan barangan keperluan lain yang disumbangkan oleh Wayout Solution dengan kerjasama Jakel sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Anak yatim dibawa membeli-belah baju raya baharu dan barangan keperluan lain yang disumbangkan oleh Wayout Solution dengan kerjasama Jakel sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Selain itu, penerima juga boleh memilih pelbagai kelengkapan lain yang ditaja sepenuhnya oleh pihak syarikat.

"Sumbangan yang disampaikan ini merupakan simbolik kepada keprihatinan syarikat kepada komuniti setempat agar kegembiraan Aidilfitri dapat sama-sama diraikan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Daniel berkata, usaha seumpama itu diharap dapat menghadirkan sinar kebahagiaan buat setiap penerima.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian anak yatim ceria mendapat baju raya baharu yang disumbangkan oleh Wayout Solution dengan kerjasama Jakel sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Sebahagian anak yatim ceria mendapat baju raya baharu yang disumbangkan oleh Wayout Solution dengan kerjasama Jakel sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut beliau, program kebajikan seumpama itu akan diteruskan pada masa hadapan bagi membantu lebih ramai orang yang memerlukan.

Dalam pada itu katanya, pihak syarikat mengucapkan terima kasih kepada pihak Jakel, masjid, surau, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta semua pihak menjayakan program itu.

"Insya-ALLAH, inisiatif ini akan diluaskan lagi pada masa akan datang bagi memastikan lebih ramai kelompok masyarakat dapat dibantu,” ujarnya.

Tambahnya, program itu turut menampilkan dua slot menarik iaitu Upin Ipin serta Didi and Friends yang mana setiap slot disertakan dengan pemberian sumbangan khas seperti songkok, samping tradisional, kurma serta beg sekolah.

Selain tajaan baju raya baharu, pelbagai keperluan lain disumbangkan oleh Wayout Solution dengan kerjasama Jakel kepada golongan anak yatim.
Selain tajaan baju raya baharu, pelbagai keperluan lain disumbangkan oleh Wayout Solution dengan kerjasama Jakel kepada golongan anak yatim.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!