UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun

Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Foto Reuters
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Foto Reuters
A
A
A

ABU DHABI - Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Melepasi rekod sebelumnya sejak permulaan pengumpulan data pada 1949, hujan lebat menjejaskan banyak wilayah di seluruh negara itu.

Pusat Meteorologi Kebangsaan mengesahkan bahawa rekod hujan yang berlaku di negara ini dalam tempoh 24 jam yang lalu sehingga 9 malam pada Selasa (16 April), adalah peristiwa luar biasa dalam sejarah iklim UAE sejak bermulanya rakaman data iklim.

Dijangkakan bahawa jam-jam akan datang akan menyaksikan jumlah hujan yang lebih tinggi direkodkan.

Pusat itu melaporkan hujan tertinggi setakat ini direkodkan di kawasan "Khatm Al Shakla" di Al Ain, mencecah 254mm dalam masa kurang daripada 24 jam.

Hujan lebat ini adalah peristiwa luar biasa di UAE yang menyumbang kepada peningkatan purata hujan tahunan di UAE serta pengukuhan rizab air bawah tanah negara secara keseluruhan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat dalam rekod sejak 24 jam lalu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM). Hujan lebat itu menjejaskan banyak wilayah di seluruh negara yang melepasi rekod sebelumnya sejak permulaan pengumpulan data pada 1949. Muzik: Marco Martini - Theory of Lost Memories Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Dunia #Global #TimurTengah #UAE #Hujan #Banjir #BencanaAlam #Cuaca #Iklim #Air

Artikel Berkaitan:

original sound - Sinar Harian