Banjir kilat: Satu PPS dibuka di Port Dickson

Penduduk yang terjejas banjir dipindahkan dengan bantuan bomba. Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Penduduk yang terjejas banjir dipindahkan dengan bantuan bomba. Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
A
A
A

SEREMBAN - Satu pusat penempatan sementara (PPS) telah dibuka di Balai Raya Permatang Pasir di Port Dickson susulan banjir kilat yang melanda akibat hujan lebat sejak petang Selasa.

Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan berkata, PPS yang dibuka pada jam 4.08 pagi itu menempatkan 46 mangsa.

"Ia melibatkan dua keluarga iaitu terdiri 33 perempuan dewasa, sembilan lelaki dewasa, tiga kanak-kanak perempuan dan satu kanak-kanak lelaki," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah APM Negeri Sembilan, Mohd Nazri Mes Kam berkata, situasi banjir di beberapa kawasan termasuk di Port Dickson dilaporkan berada dalam keadaan terkawal dan air telah surut di kebanyakan tempat.

PPS di Balai Raya Permatang Pasir di Port Dickson dibuka. Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
PPS di Balai Raya Permatang Pasir di Port Dickson dibuka. Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

"Di kawasan Port Dickson itu, banjir berlaku ekoran hujan lebat berterusan dari Seremban yang mengalir ke Sungai Linggi beserta fenomena air laut pasang.

"Penduduk diarah berpindah kerana bimbang situasi banjir akan semakin teruk, namun setakat pagi ini ia sudah mula surut," katanya kepada Sinar Harian.

Ujarnya, melihat keadaan situasi cuaca yang hujan menjelang petang sejak beberapa ini, penduduk dinasihatkan supaya berwaspada.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, mereka juga diminta mengikut arahan anggota keselamatan sekiranya diminta berpindah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!