Tiga PPS dibuka, tampung 614 mangsa banjir

Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Selangor yang ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) sehingga petang Rabu berjumlah 614 orang.Gambar hiasan (Gambar kecil: Wan Md Razali)
Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Selangor yang ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) sehingga petang Rabu berjumlah 614 orang.Gambar hiasan (Gambar kecil: Wan Md Razali)
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Selangor yang ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS) sehingga petang Rabu berjumlah 614 orang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, jumlah tersebut membabitkan 169 buah keluarga.

Beliau berkata, tiga daerah yang dilanda banjir bermula Selasa adalah Klang, Kuala Selangor serta Petaling.

"Sebuah lagi PPS dibuka hari ini (Rabu) di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai Meru.

"Dua buah PPS iaitu SK Merbau Sempak dan Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah dibuka semalam bermula jam 8 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Wan Md Razali berkata, pemindahan mangsa banjir di tiga buah daerah di Selangor berjumlah 448 orang.

Kata beliau, jumlah terkini pos kawalan hadapan (PKH) yang dilaksanakan adalah di tiga lokasi.

Tambahnya, seramai 43 anggota JBPM bertugas melaksanakan pemantauan dan operasi menyelamat.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, tiga buah balai bomba penyelamat (BBP) yang terlibat dari Sungai Buloh, Kapar serta Bestari Jaya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!