200 mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke PPS

Anggota JBPM melakukan operasi menyelamat mangsa banjir di sekitar Kuala Selangor bagi dibawa ke PPS yang disediakan.
Foto ihsan JBPM.
Anggota JBPM melakukan operasi menyelamat mangsa banjir di sekitar Kuala Selangor bagi dibawa ke PPS yang disediakan. Foto ihsan JBPM.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seramai 200 orang mangsa banjir di daerah ini berjaya dipindahkan ke kawasan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama beberapa agensi penyelamat lain.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kesemua mangsa banjir telah ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak dan Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

"Selain itu, satu pos kawalan hadapan (PKH) telah digerakkan di SK Merbau Sempak," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mangsa banjir di sekitar Kuala Selangor dibawa ke PPS yang disediakan. Foto ihsan JBPM.
Mangsa banjir di sekitar Kuala Selangor dibawa ke PPS yang disediakan. Foto ihsan JBPM.

Mengulas lanjut, Mukhlis berkata, seramai 77 buah keluarga melibatkan 334 mangsa banjir telah ditempatkan di PPS SK Merbau Sempak, termasuk 120 orang kanak-kanak.

Menurut beliau lagi, sebanyak 11 keluarga dan 38 orang mangsa banjir diletakkan di PPS Dewan MPKS termasuk 13 orang kanak-kanak.

Katanya, empat buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dari Bukit Jelutong, Rawang, Sungai Buloh serta Bestari Jaya terlibat dalam operasi banjir kali ini.

Tambahnya, sebanyak empat buah kenderaan utiliti, jentera (4) dan bot (3) digerakkan bagi menyempurnakan misi menyelamat di Zon Kuala Selangor.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28