Kebun Puisi tarikan baharu di Bangi

Kebun Puisi beroperasi pada Jumaat hingga Ahad.
Kebun Puisi beroperasi pada Jumaat hingga Ahad.
A
A
A

KAJANG - Bermula sebagai lokasi healing peribadi, kini Kebun Puisi terletak di Kampung Batu Lima Bangi di sini dibuka kepada komuniti untuk bersantai pada hujung minggu.

Lokasi riadah keluarga ini berkonsep 3M iaitu menginap, makan dan manusia yang diusahakan sejak enam tahun lalu secara berperingkat.

Bilik mesyuarat turut disediakan di Kebun Puisi.
Bilik mesyuarat turut disediakan di Kebun Puisi.

Pengasasnya, Datuk Dr Budiman Mohd Zohdi berkata, tanah tersebut dibeli daripada orang kampung yang mahu menjual kebun durian tersebut sekitar 2004.

Budiman
Budiman

“Asalnya tempat ini saya jadikan healing peribadi yang akhirnya apabila kawan datang tak mahu balik. Ia semakin dikenali selepas terdapat kafe beroperasi di sini sekitar setahun lalu.

“Kebanyakan yang datang adalah daripada komuniti sekitar sini selain Lembah Klang serta juga daripada negeri-negeri lain yang tahu kewujudan tempat ini dari mulut ke mulut,” kongsinya kepada Sinar Harian.

Kawasan tersebut dilengkapi enam bilik menginap dan kafe yang menarik minat pengunjung untuk menikmati suasana kampung dalam kebun durian.

Artikel Berkaitan:

Bilik penginapan yang disediakan di Kebun Puisi.
Bilik penginapan yang disediakan di Kebun Puisi.

Selain lokasi menjamu selera, kawasan tersebut turut diadakan beberapa aktiviti kesenian antaranya deklamasi sajak dan puisi, aktiviti sasterawan dan persembahan band serta kerohanian menerusi kelas mengaji.

Persembahan deklamasi puisi di Kebun Puisi.
Persembahan deklamasi puisi di Kebun Puisi.

Kawasan itu turut menyediakan tapak perkhemahan untuk sewaan buat mereka yang berminat menjalankan aktiviti tersebut.

Budiman berkata, Kebun Puisi mendapat sambutan menggalakkan termasuk bilik inap menerima tempahan setiap minggu.

Warga kota mengisi masa hujung minggu bersantai di Kebun Puisi.
Warga kota mengisi masa hujung minggu bersantai di Kebun Puisi.

Ujarnya, operasi Kebun Puisi itu juga telah membantu penjanaan ekonomi penduduk setempat yang mendapat manfaat melalui konsep community based tourism.

Kanak-kanak bergembira di Kebun Puisi.
Kanak-kanak bergembira di Kebun Puisi.

“Kalau lihat kebanyakan yang bekerja di sini merupakan anak kampung manakala makanan yang dijual juga kebanyakan daripada air tangan penduduk sekitar sini juga.

Antara warga kota yang mengambil peluang hujung minggu bersantai di Kebun Puisi bersama keluarga.
Antara warga kota yang mengambil peluang hujung minggu bersantai di Kebun Puisi bersama keluarga.

“Disebabkan kesibukan tugas saya sebagai pensyarah serta penglibatan dalam stand up komedi serta penulisan buku dan kolum, Kebun Puisi ini saya kongsi kepada mereka yang berminat untuk memajukan kawasan ini,” kata Budiman.

Ujarnya, ketika ini beliau tiada perancangan untuk menambah bilangan bilik di Kebun Puisi sebaliknya lebih menumpukan kepada pengindahan landskap.

Tanaman padi mengisi landskap di Kebun Puisi.
Tanaman padi mengisi landskap di Kebun Puisi.

Bagaimanapun Budiman berkata, pihaknya bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat mengembangkan konsep sama di lokasi lain.

Waktu operasi Kebun Puisi bermula jam 3 petang hingga 10 malam pada Jumaat, sementara Sabtu pula dari jam 8 pagi hingga 10 malam dan Ahad 8 pagi hingga 6 petang.

Pengunjung menjamu selera di kafe yang terdapat di Kebun Puisi.
Pengunjung menjamu selera di kafe yang terdapat di Kebun Puisi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28