KDNFC bawa masuk tiga lagi pemain import sertai Liga Super

Rozi (dua dari kiri) bersama Chadrack Lukombe Muzungu dari Congo, David Ribera Viana dari Bolivia dan Valdumar Augusto Te dari Guinea. Foto Facebook KDNFC
Rozi (dua dari kiri) bersama Chadrack Lukombe Muzungu dari Congo, David Ribera Viana dari Bolivia dan Valdumar Augusto Te dari Guinea. Foto Facebook KDNFC
A
A
A

KELANTAN Darul Naim FC (KDNFC) membawa masuk tiga lagi pemain import bagi melengkapkan skuad Liga Supernya dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

Presiden KDNFC, Rozi Muhamad berkata, tiga pemain import berkenaan ialah Chadrack Lukombe Muzungu dari Congo, David Ribera Viana dari Bolivia dan Valdumar Augusto Te dari Guinea.

Beliau berkata, ketiga-tiga pemain itu telah menandatangani kontrak selama semusim hari ini sekali gus menyaksikan pasukan Sang Kijang Emas kini telah lengkap 100 peratus.

"Ketiga-tiga pemain ini pernah beraksi bersama skuad kebangsaan negara masing-masing dan kehadiran mereka melengkapkan senarai sembilan pemain import bagi memperkuatkan KDNFC musim ini.

"Kita mengharapkan kemasukan kesemua pemain import ini akan memberi kesan bagi membantu pasukan menghadapi saingan musim ini yang lebih mencabar," katanya dalam kenyataan.

Menurut Rozi, ketua jurulatih bagi membimbing pasukan tersebut juga akan diumumkan dalam masa terdekat.

Selain itu, beliau berkata, KDNFC telah mengatur beberapa perlawanan persahabatan bermula 17 April ini menentang Pattani FC, disusuli dengan pasukan Liga Super dan satu lagi aksi persahabatan antarabangsa melawan kelab dari Indonesia. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!