MAE mahu bawa masuk tiga jurulatih baharu

Bryan
Bryan
A
A
A

SKUAD terjun sedang meneliti calon terbaik dalam kalangan jurulatih dari China dan tempatan bagi mengisi tiga kekosongan dalam misi meningkatkan prestasi barisan penerjun negara.

Pengarah Teknikal (Terjun) Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Bryan Nickson Lomas berkata, seorang jurulatih antarabangsa diperlukan untuk mengisi keperluan atlet dalam Program Podium.

Menurutnya, dua lagi jurulatih masing-masing satu antarabangsa dan tempatan diperlukan bagi membimbing atlet pelapis kebangsaan.

“Kita amat memerlukan jurulatih baharu terutamanya di peringkat pelapis kebangsaan kerana ketika ini hanya ada seorang jurulatih iaitu Lu Jia Ning dari China yang mengendali 13 atlet pelapis.

“Kita rasa keperluannya amat diperlukan segera. Kita nak dua (jurulatih) untuk membantu jurulatih Jia Ning bagi mengembangkan lagi skuad prestasi pelapis kebangsaan.

“Ini kerana terlalu besar jurang antara atlet pelapis dan podium,” kata Bryan selepas mesyuarat jawatankuasa kerja (JKK) sukan terjun bersama Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil pada Rabu.

Bagi Program Podium, hanya jurulatih antarabangsa dipilih bagi membantu tiga jurulatih sedia ada iaitu Li Rui dan Li Junbai selain Datuk Leong Mun Yee.

Bryan berkata, pengambilan jurulatih tempatan di peringkat pelapis kebangsaan bagi membolehkan jurulatih berkenaan menimba ilmu daripada jurulatih antarabangsa terutamanya Jia Ning.

Artikel Berkaitan:

“Sudah tentu kita mencari jurulatih antarabangsa dan antara resume yang ktia terima adalah calon yang pernah membawa atlet ke Olimpik, pernah melatih Venezuela.

“Namun, setakat ini siapa calon yang akan dipilih belum diputuskan lagi. Kita jangkakan pengambilan akan dibuat Februrari tahun hadapan,” jelasnya.