21 kawasan catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia

MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di 17 kawasan Semenanjung dan empat lagi di Sabah. Gambar hiasan.
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di 17 kawasan Semenanjung dan empat lagi di Sabah. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di 17 kawasan Semenanjung dan empat lagi di Sabah serta Sarawak setakat jam 4.30 petang pada Isnin.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, tahap berjaga-jaga tersebut boleh mencapai suhu maksimum harian sehingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut.

Amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di 21 kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setakat jam 4.30 petang Isnin.
Amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di 21 kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setakat jam 4.30 petang Isnin.

Menurutnya, 17 kawasan di Semenanjung itu ialah Perlis; Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Pulau Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Kedah dan Timur Laut, Pulau Pinang.

Selain itu, Hulu Perak, Perak; Raub, Pahang; Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Pasir Mas, Kelantan; Petaling, Selangor dan Putrajaya.

Dalam pada itu, tiga kawasan di Sarawak membabitkan daerah Kota Marudu, Keningau dan Tenom manakala Sarawak pula melibatkan Limbangan.

No Image Caption

Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28