Israel ambil langkah berjaga-jaga jika diserang Iran waktu terdekat

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei memberi amaran pihak akan menghukum Israel. - AFP
Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei memberi amaran pihak akan menghukum Israel. - AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Israel berada dalam langkah berjaga-jaga pada Khamis selepas Iran mengancam menyerang balas terhadap serangan rejim zionis di Syria baru-baru ini yang mengorbankan dua jeneralnya.

Beberapa hari selepas Israel mengukuhkan pertahanan udaranya dan 'merehatkan' unit tempurnya, Amerika Syarikat (AS) turut memberi amaran mengenai risiko serangan Iran atau kumpulan sekutunya ketika ketegangan di Timur Tengah semakin kemuncak.

Pada Rabu, Presiden AS, Joe Biden berkata Iran mengancam melakukan serangan ke atas Israel dan pada masa sama beliau berikrar untuk memberi sokongan padu kepada sekutunya.

Israel dipersalahkan secara meluas atas serangan 1 April yang memusnahkan bangunan konsulat Iran di Damsyik dan membunuh tujuh anggota Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), termasuk dua jeneral.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei pada hari Rabu memberi amaran bahawa Israel 'mesti dihukum dan akan dihukum', beberapa hari selepas salah seorang penasihatnya mengatakan bahawa kedutaan Israel 'tidak lagi selamat'.

Menteri Luar Israel, Katz membalas di akaun X milik Ayatollah bahawa jika Iran menyerang dari wilayahnya, Israel akan bertindak balas dan menyerang negara itu.

Laman berita Axios melaporkan bahawa ketua Komando Pusat AS, Michael Kurilla akan melawat Israel bagi membincangkan situasi tersebut dengan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant.

Sementara itu, Moscow menyeru Iran dan Israel untuk 'bertenang' selepas memberi amaran sebelum ini kepada rakyat Rusia supaya mengelak daripada pergi ke Israel, Lubnan dan wilayah Palestin.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, syarikat penerbangan Jerman Lufthansa berkata pihaknya telah menangguhkan penerbangan dari Teheran sehingga Khamis, susulan situasi semasa di Timur Tengah.

Serangan Syria oleh tentera Israel pada 1 April lalu telah membunuh Brigedier Jeneral IRGC Iran, Mohammad Reza Zahedi, yang mengetuai sayap operasi asing Pasukan Quds di Syria dan Lubnan. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!