Yahaya dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Golden Pharos baharu

Yahaya (tengah) beramah mesra bersama kakitangan GPB
Yahaya (tengah) beramah mesra bersama kakitangan GPB
A
A
A

BEKAS Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Yahaya Ali dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Golden Pharos Bhd (GPB) yang baharu berkuatkuasa pada Selasa.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif GPB, Mohd Roslan Mamat berkata, pihaknya yakin bahawa Yahaya bersama ahli-ahli lembaga pengarah yang baharu dilantik akan membantu melonjak prestasi syarikat secara bersepadu.

Menurutnya, pelantikan Yahaya yang diumumkan dalam kenyataan Bursa Malaysia pada Isnin untuk menggantikan Datuk Tengku Hassan Tengku Omar yang memegang jawatan tersebut sejak 1 Ogos 2018.

“Lima ahli lembaga pengarah yang lama kekal menjadi ahli manakala tiga ahli baharu telah dilantik termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Mohd Zaki Hamzah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Mohd Roslan berkata, bekas Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Datuk Dr Yahya Ibrahim juga dilantik sebagai ahli lembaga pengarah GPB yang baharu bagi menggantikan Mohd Badarudin Ismail yang turut meletakkan jawatan.

“Kita mengalu-alukan lantikan baharu ini dan berharap supaya mereka dapat membawa syarikat yang terlibat dalam industri perkayuan ini ke arah hala tuju lebih baik dan berdaya saing.

"Ia bersesuaian dengan kedudukan syarikat yang tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia,” jelasnya.

Beliau turut berharap supaya hala tuju syarikat itu dapat dipandu menerusi pengalaman Yahaya yang luas dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta perkhidmatan awam.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, rombakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut juga merupakan salah satu daripada proses penstrukturan semula dan ia selari dengan polisi kerajaan negeri yang baharu.

"Kita turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Tengku Hassan serta ahli lembaga pengarah lain di atas jasa dan sumbangan mereka dalam memajukan syarikat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!