Selepas isteri, suami pula diuji sakit saraf tunjang

Norazlina bersama suaminya yang lumpuh.
Norazlina bersama suaminya yang lumpuh.
A
A
A

SHAH ALAM - Ujian demi ujian menimpa sepasang suami isteri apabila kedua-duanya mengalami sakit sama iaitu kecederaan saraf tunjang akibat kemalangan beberapa tahun lalu.

Suri rumah, Norazlina Zakaria, 42, berkata, sakit yang dialami mereka berlaku disebabkan insiden yang berbeza iaitu dia terlibat dalam kemalangan jalan raya manakala suaminya, Mohd Nazri Mohd Zin, 39, terjatuh dari bangunan sewaktu bekerja.

“Sebelum ini saya lumpuh pinggang ke bawah dan kini mengalami masalah neurofunctional yang menyebabkan saya terpaksa bergantung dengan morfin untuk menahan kesakitan serta tidak boleh makan seperti biasa.

“Suami pula lumpuh melibatkan anggota tangan hingga kaki. Baru-baru ini dia baru sahaja jalani pembedahan untuk buang ketumbuhan dalam saraf tunjang, kemudian didiagnos Sistemetik Lupus Eritematosus (SLE),” katanya kepada Sinar Ahad.

Ujian demi ujian menimpa sepasang suami isteri apabila kedua-duanya mengalami sakit sama iaitu kecederaan saraf tunjang akibat kemalangan beberapa tahun lalu.
Ujian demi ujian menimpa sepasang suami isteri apabila kedua-duanya mengalami sakit sama iaitu kecederaan saraf tunjang akibat kemalangan beberapa tahun lalu.

Tambah Norazlina, perbelanjaan bulanan diperoleh hasil menjual barang kitar semula yang dikumpul seperti kotak, tin minuman, botol dan besi.

Bagaimanapun ujarnya, bantuan daripada zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut diterima bagi menyara serta menampung kos perubatan mereka.

Menurut beliau, kesabaran ketika menghadapi ujian ini diperoleh hasil doa, sokongan orang sekeliling serta kekuatan yang ditunjukkan oleh suami.

Artikel Berkaitan:

“Kami ada tubuhkan satu rumah komuniti iaitu Rumah Harapan Nur Aafiyah bagi menempatkan mereka yang mengalami nasib sama.

“Di situlah tempat di mana kami berkumpul dan rakan-rakan pula memberi sokongan antara satu sama lain,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!