11 alas kaki bergambar Kaabah dirampas

Alas kaki bergambar Kaabah yang dirampas dari sebuah pasar raya di Batu Pahat.
Alas kaki bergambar Kaabah yang dirampas dari sebuah pasar raya di Batu Pahat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat, dirampas sehari sebelum Aidilfitri lalu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, rampasan dibuat susulan aduan orang awam berhubung tindakan penjualan alas kaki tersebut.

Jelasnya, operasi diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

"Sebelas unit alas kaki berkenaan dirampas ketika tindakan pemeriksaan dan pemantauan dilakukan pada Selasa iaitu sehari sebelum Aidilfitri.

"Pasar raya berkenaan juga sudah dipanggil bagi memberi kenyataan selain diberi amaran agar lebih berhati-hati terhadap produk agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat dan agama," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Sebelum itu, tular sebelum Aidilfitri lalu, alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat.

"Kalau yang saya nampak ni macam gambar Kaabah, ingatkan sejadah, tapi untuk lap kaki...minta pandangan mata tuan-tuan pula...," kata pengguna yang memuat naik gambar alas kaki itu di media sosial.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: