Pasar raya, pembekal sahkan produk ialah sejadah mini

Kenyataan media AEON BiG pada Sabtu.
Kenyataan media AEON BiG pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Alas kaki bergambar Kaabah yang tular dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat, Johor sebenarnya merupakan sejadah mini yang silap dilabel dengan barang lain.

Perkara itu disahkan pihak pasar raya AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) yang memaklumkan kesilapan itu telah diperbetulkan dengan serta-merta di dalam sistam pengurusan dan deskripsi barangan.

Menurutnya, barangan tersebut dibekalkan oleh syarikat A&R Fashion Collection (A&R) iaitu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) milik sepenuhnya bumiputera.

"A&R telah mengesahkan bahawa produk berkenaan sememangnya merupakan sejadah mini, di mana coraknya adalah dalam format menegak yang merupakan amalan biasa.

"Walau bagaimanapun, selaras dengan amalan terbaik syarikat untuk pembekal PKS, A&R telah menggunakan kod barangan dalam sistem yang sebelum ini digunakan untuk produk-produk lain syarikat tersebut.

"Akibatnya, label yang digantung pada produk menunjukkan pelbagai deskripsi lantas terus menyebabkan kekeliruan. Perkara ini telah diperbetulkan serta-merta dalam sistem pengurusan barangan AEON BiG," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Media sebelum ini melaporkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) merampas 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat pada Selasa lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tindakan diambil susulan aduan awam terhadap tindakan pasar raya itu yang menjual alas kaki berkenaan sempena sambutan Aidilfitri.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, AEON BiG memaklumkan pihaknya akan terus bekerjasama dengan JAINJ dan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut yang diperlukan.

Syarikat berkenaan dalam masa sama berharap agar kenyataan bersama itu akan menjelaskan sebarang keraguan mengenai isu berkenaan.

"Kami berharap agar spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat kita yang berbilang kaum akan dihentikan," katanya.

@sinarharianonline

Pasar raya, pembekal sahkan produk ialah sejadah mini #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #AlasKaki #Sejadah #Kaabah #AEON

Supplication - Sami Yusuf