LB Malaysia, Universiti Xiamen Malaysia meterai perikatan strategik


Kien Eng (kiri) dan Changsong bersalaman selepas menandatangani MoU tersebut.
Kien Eng (kiri) dan Changsong bersalaman selepas menandatangani MoU tersebut.
A
A
A
LEO Burnett (LB Malaysia), agensi kreatif yang memenangi anugerah di bawah Publicis One Malaysia memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Xiamen Malaysia, baru-baru ini.

Perjanjian yang dimeterai oleh kedua-dua entiti tersebut bermatlamat memupuk dan mempromosikan budaya pembelajaran bersama antara amalan profesional dan akademik bagi kebaikan kedua-dua pihak.

Menyempurnakan MoU tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Leo Burnett Malaysia, Tan Kien Eng dan Penolong Profesor merangkap Koordinator Program Pengiklanan Universiti Xiamen Malaysia, Dr Wang Changsong.

Di bawah perikatan strategik tesebut, LB Malaysia akan bekerjasama dengan rapat dalam memberi inspirasi dan meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar kursus pengiklanan dalam bidang masing-masing.

Kien Eng berkata, pihaknya sentiasa percaya setiap apa yang dilakukan perlu kenal pasti tujuannya.

"Kita perlu mengambil pendekatan yang digunakan untuk manusia sejati. Jadi saya berharap melalui kerjasama dengan Universiti Xiamen Malaysia ini, pelajar dapat benar-benar memahami makna dan tujuan pemasaran dan komunikasi yang sebenar,"katanya.

Katanya, MoU dengan institusi pendidikan tinggi (IPT) seperti Universiti Xiamen ini adalah yang pertama dan pastinya LB Malaysia akan meneruskan usaha ini bersama IPT lain pada masa akan datang.

Melalui MoU tersebut akan melihat LB Malaysia berkongsi kajian sebenar, wawasan industri terkini, ceramah dan bantuan latihan untuk tujuan pendidikan, menyediakan peluang latihan bagi pelajar tahun akhir Program Pengiklanan sebelum tamat pengajian, serta bidang kerjasama lain pada masa yang sama.

Sementara itu, Wang Changsong pula berkata, pihaknya gembira membina hubungan kerjasama dengan syarikat pengiklanan terkemuka seperti Leo Burnett.
Artikel Berkaitan: