Melancong ketika Syawal hilangkan fungsi sambutan Aidilfitri

Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Mohammad Shatar
Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Mohammad Shatar
A
A
A

PUTRAJAYA - Melancong pada cuti Syawal yang menjadi trend pada masa ini akan menghilangkan fungsi utama sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun pakar sosial, Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, masyarakat tidak boleh meletakkan hukuman ke atas mereka dari konteks sosial kerana ia bukan suatu kesalahan.

“Mereka mungkin ada alasan tersendiri antaranya mencipta 'bonding' dengan ahli keluarga terdekat dalam tempoh tertentu dengan melancong selepas masing-masing sibuk dengan urusan atau kerja,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurut Mohammad Shatar, prinsip utama Hari Raya Aidilfitri adalah untuk merapatkan ikatan persaudaraan sesama keluarga, sanak saudara dan sebagainya.

“Aidilfitri adalah titik pertemuan semua masyarakat Islam dan rakyat Malaysia secara amnya telah diberikan cuti khas oleh kerajaan.

“Majoriti masyarakat kita mengambil peluang itu untuk menyambung cuti mereka supaya dapat bersama berkumpul dengan keluarga.

“Ini masa yang sangat bersesuaian untuk ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan,” ujarnya.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan ramai tidak pulang ke kampung untuk meraikan Aidilfitri sebaliknya mengambil kesempatan cuti yang panjang dengan melancong di dalam dan luar negara.

Artikel Berkaitan:

Antara alasan diberikan adalah ibu bapa yang sudah tiada lagi, tiada kampung selain memanfaatkan peluang cuti yang panjang di musim perayaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28