Keindahan beraya di Madinah

Muhammad Zakuan (dalam bulatan) bersama dengan petugas Andalusia Madinah.
Muhammad Zakuan (dalam bulatan) bersama dengan petugas Andalusia Madinah.
A
A
A

SHAH ALAM - “Pengalaman berhari raya di Madinah sebagai seorang mutawif dan pelayan tetamu ALLAH sememangnya berbeza dengan suasana berhari raya di tanah air.”

Demikian kongsi Ketua Operasi Andalusia Madinah, Muhammad Zakuan Jamalludin mengenai pengalamannya beraya di kota suci.

Beliau yang sudah enam tahun menyambut Ramadan dan Syawal di sana berkata, ada perbezaan menyambut hari raya di Madinah dengan Malaysia.

“Di sini kami meraikan lebaran jauh daripada keluarga, jadi jemaahlah tempat kami kongsikan kebahagiaan berhari raya bersama,” katanya.

Beliau berkata, sambutan raya di sana juga mempunyai sisi unik yang tersendiri.

“Antaranya, dalam menghidupkan suasana lebaran kebiasaannya seawal jam 3 hingga 4 pagi lagi kami disarankan untuk ke Masjid Nabawi bagi mendapatkan saf dalam masjid.

“Kalau solat Subuh baru nak ke masjid, bersolat hari raya di jalan atau dalam lobi hotel jawabnya,” katanya.

Selain itu, Muhammad Zakuan berkata, suasana Ramadan di Madinah juga cukup ‘hidup’.

Artikel Berkaitan:

“Keunikannya juga saya boleh katakan bermula sejak seawal Ramadan lagi ia begitu dirai dan dimuliakan.

“Pada akhir-akhir Ramadan semakin ramai yang mengimarahkan masjid tanda kesayuan hati bahawa bulan mulia ini akan pergi,” katanya.

Bagaimanapun katanya, lebaran di kota suci disambut dengan penuh kesyukuran sebagai tanda kemenangan dalam mendidik dan menahan diri daripada melakukan kemungkaran dan memperbanyakkan ibadah.

Jelasnya, apa yang beliau peroleh sepanjang menyambut Ramadan dan Syawal di Madinah adalah mengenai nilai iaitu betapa tingginya kasih sayang ALLAH dalam menghadiahkan Ramadan kepada umat manusia.

“Betapa hebatnya bulan Ramadan itu sendiri berdasarkan sambutan masyarakat di sini meraikannya.

"Ditutup bulan yang penuh rahmat dengan meraikannya dengan perbanyakkan takbir dan bersolat hari raya tanda kesyukuran,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28