Vidoe tular: Polis kesan individu gaduh di 'fun fair'

Mohamad Nasir
Mohamad Nasir
A
A
A

TAIPING - Polis sedang mengesan individu terlibat dalam pergaduhan di sebuah pesta mainan dekat Simpang di sini yang videonya tular di media sosial pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, berdasarkan rakaman berdurasi 1 minit 2 saat itu, berlaku salah faham antara seorang lelaki dengan pekerja di premis tersebut.

Menurutnya, perselisihan faham berlaku selepas anak dan isteri lelaki terbabit terjatuh ketika menaiki alat permainan di pesta terbabit.

"Tiada laporan dibuat oleh mangsa atau pihak terlibat setakat ini.

"Kita mohon orang ramai yang melihat kejadian dan pemilik akaun yang memuat naik video tersebut untuk tampil membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan berikutan berlakunya perlakuan jenayah sepertimana ditunjukkan dalam video itu.

"Polis akan mengambil langkah proaktif terhadap setiap perlakuan jenayah yang menimbulkan kegusaran bagi memastikan daerah ini selamat," katanya.

Video tular memaparkan seorang lelaki berkelakuan berang dan bertindak memecahkan alat permainan yang berada di situ.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28