Polis siasat individu hina Islam, PDRM

Tular video memaparkan seorang individu yang menghina agama Islam dan mempertikaikan tindakan PDRM yang diambil terhadap isu melibatkan agama, raja dan bangsa.
Tular video memaparkan seorang individu yang menghina agama Islam dan mempertikaikan tindakan PDRM yang diambil terhadap isu melibatkan agama, raja dan bangsa.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Polis menjalankan siasatan terhadap seorang individu dipercayai terlibat dalam video menghina Islam serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tular di media sosial sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini pihaknya telah membuka 21 kertas siasatan terhadap individu berkenaan.

"Semakan dijalankan mendapati individu itu berada di Hamburg, Jerman dan telah keluar negara pada 2 November 2017.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya pada Selasa.

Katanya, siasatan berkaitan kes ini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Laporan sebelum ini dibuat sekitar jam 9.45 pagi pada Selasa yang telah melihat video berkenaan.

"Siasatan sedang dijalankan dan orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu gugat ketenteraman dan keharmonian awam," katanya.

Baru-baru ini tular video memaparkan seorang individu yang menghina agama Islam dan mempertikaikan tindakan PDRM yang diambil terhadap isu melibatkan agama, raja dan bangsa.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28