TRW usaha selesaikan tunggakan gaji

Norizam
Norizam
A
A
A

KELANTAN FC berusaha menyelesaikan tunggakan gaji tiga bulan dihadapi pasukan The Red Warriors (TRW).

Malah pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman percaya perkara itu dapat diselesaikan mengambil pendekatan melangsaikan tunggakan tersebut secara beransur-ansur.

“Bagi isu tunggakan gaji tiga bulan, alhamdulillah hari ini dapatlah saya masukkan sedikit RM1,000 sebagai pendahuluan.

“Ini antara usaha untuk menyelesaikan tunggakan tiga bulan gaji kerana esok nak raya. Itu sahaja selamat hari raya, maaf zahir dan batin," ujarnya dalam hantaran Tik Toknya sehari sebelum Aidilfitri.

TRW yang sebelum ini beraksi dalam saingan Liga Super 2023 diturunkan ke saingan Kejuaraan Liga MBSB Bank 2024/25 selepas gagal mendapatkan lesen kebangsaan.

Liga Bola Sepak Amatur (AFL) mengesahkan penyertaan TRW dalam saingan liga tahap tiga itu yang menyingkap tirai pada 1 Jun depan.

Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, keputusan itu disahkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah AFL yang berlangsung secara dalam talian.

Menurutnya, Kelantan FC secara rasmi antara pasukan dalam kalangan 16 pasukan menyahut cabaran pada musim ini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!