Tunggakan gaji Kelantan United selesai hujung bulan ini

Rozi Muhamad
Rozi Muhamad
A
A
A

TUNGGAKAN gaji barisan pegawai, jurulatih serta semua pemain Kelantan United FC akan selesai sepenuhnya penghujung Januari ini.

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, bayaran sudah dibuat secara berperingkat sejak awal bulan lalu.

"Sebelum ini kita telah buat pembayaran untuk bulan Ogos dan September disusuli bayaran Oktober serta November. Hujung Januari, insya-ALLAH untuk Disember.

“Kami sebolehnya tidak mahu masalah tunggakan ini berpanjangan kerana pihak pengurusan Kelantan United FC ketika ini fokus untuk membina pasukan bagi bersaing di Liga Super Malaysia musim 2024/25," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, Kelantan United sentiasa komited dan berusaha untuk melangsaikan segala tunggakan gaji yang merupakan tanggungjawab majikan.

Beliau juga memohon maaf kepada pegawai, kejurulatihan, pemain serta semua pihak termasuk penyokong atas segala isu yang melanda pada musim 2023 sehingga merencatkan perjuangan mereka dalam saingan Liga Malaysia.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!