Manchester United hilang khidmat Varane

Raphael Varane (kiri) terpaksa direhatkan setelah mengalami kecederaan ketika aksi berdepan Chelsea minggu lalu. Foto AFP
Raphael Varane (kiri) terpaksa direhatkan setelah mengalami kecederaan ketika aksi berdepan Chelsea minggu lalu. Foto AFP
A
A
A

PEMAIN pertahanan tengah Manchester United, Raphael Varane akan diketepikan selama beberapa minggu kerana kecederaan otot manakala Jonny Evans akan terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris di Bournemouth hujung minggu, kata kelab The Red Devils.

Kedua-dua pemain cedera ketika kekalahan 3-4 kepada Chelsea dalam aksi liga di Stamford Bridge minggu lalu, menyertai dua lagi tonggak United, Lisandro Martinez dan Victor Lindelof di tepi padang.

“Varane berusia 30 tahun berharap untuk kembali sebelum akhir musim manakala kecederaan Evans dijangka jangka pendek,” kata United.

Sebagai rekod, skuad kendalian Erik ten Hag, yang berada di tangga keenam liga telah dilanda kecederaan pemain pertahanan utama musim ini.

Bersama Martinez dan Lindelof, bek kiri Luke Shaw akan diketepikan beberapa minggu lagi, Harry Maguire dan Aaron Wan-Bissaka juga terlepas banyak perlawanan.

Sementara itu, bek kiri Tyrell Malacia pula tidak beraksi sejak menjalani pembedahan lutut tahun lalu.

Artikel Berkaitan: