Janda dibunuh selepas tolak lamaran teman lelaki

Gambar fail ketika Farida bersama suspek yang dikenali sebagai Girish. - Agensi
Gambar fail ketika Farida bersama suspek yang dikenali sebagai Girish. - Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Seorang wanita berusia 42 tahun dari Kolkatta, India maut apabila dibunuh oleh teman lelakinya selepas enggan meneruskan perancangan mereka untuk berkahwin.

Farida Khatun yang berasal dari Bengal Barat, meninggal dunia akibat kecederaan tikaman dan mayatnya ditemui di tempat kejadian di bandar Bengaluru pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Times of India, suspek berusia 35 tahun itu yang dikenali sebagai Girish kemudiannya menyerah diri di balai polis berhampiran.

Menurut polis, Girish memeluk Islam pada 2011 kerana kesukaran mencari jodoh untuk kakaknya, namun kembali kepada nama asalnya dengan tetap berpegang kepada beberapa amalan Islam.

Farida datang ke Bengaluru dari Bengal Barat bersama anak perempuannya pada 26 Mac sejurus sebelum hari lahir Girish pada 29 Mac lalu.

Dia yang bekerja di sebuah spa di Bengaluru, mahu meraikan hari lahir Girish serta mencari kolej untuk salah seorang anak perempuannya.

Pada hari kejadian, suspek menemani Farida dan anak perempuannya untuk membeli-belah dan makan tengah hari sebelum pulang ke hotel.

Dalam pertemuan mereka pada hari berkenaan, Girish yang juga pemandu teksi melamar Farida, namun teman wanita itu telah menolak lamarannya.

Artikel Berkaitan:

Akibat kecewa dan terlalu marah, Girish bertindak menikam Farisan beberapa kali di khalayak ramai sebelum dia menyerah diri di balai polis Jayanagar.

Sementara itu, Deputi Komisioner Shivaprakash Devaraju berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan kira-kira 8.30 malam Sabtu mengenai penemuan mayat seorang wanita di tangga Shalini Ground.

“Girish dan Farida mengenali antara satu sama lain sejak 10 tahun lalu dan menjalinkan hubungan. Dia ingin mengahwini wanita itu tetapi ditolak, menyebabkan pasangan itu sering bertengkar,” katanya. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28