Daging rusa goreng menu istimewa rumah terbuka MB Kelantan

Mohd Nassuruddin (tengah) tiba awal di Maahad Tahfiz Daril Ulum, Pasir Mas untuk Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidifitri 1445/2024 Menteri Besar Kelantan
Mohd Nassuruddin (tengah) tiba awal di Maahad Tahfiz Daril Ulum, Pasir Mas untuk Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidifitri 1445/2024 Menteri Besar Kelantan
A
A
A

PASIR MAS - Daging rusa goreng antara menu istimewa yang dihidangkan kepada tetamu sempena Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidifitri 1445/2024 Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada Khamis.

Beliau memberitahu, sebanyak lima ekor rusa peliharaannya disembelih untuk orang ramai yang menghadiri majllis rumah terbuka yang diadakan bermula jam 11 pagi itu.

"Selain daging rusa, menu yang dihidangkan untuk semua tetamu ialah gulai lembu dan biri-biri," katanya kepada pemberita pada majlis berkenaan.

Mas Ayu Che Chik, 52, antara yang menyediakan menu rusa goreng menunjukkan juadah itu sempena Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidifitri 1445/2024
Mas Ayu Che Chik, 52, antara yang menyediakan menu rusa goreng menunjukkan juadah itu sempena Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidifitri 1445/2024

Menurut Mohd Nassuruddin, beliau memilih beberapa ekor rusa yang kurang jinak kerana sebahagiannya boleh dilepaskan pada waktu pagi dan akan pulang sendiri ke kandang pada waktu petang.

Jelasnya lagi, kesemua menu itu disediakan oleh penduduk kampung secara bergotong-royong seperti tradisi sebelum ini.

Rumah terbuka itu diadakan di Maahad Tahfiz Daril Ulum, Pasir Mas yang hanya bersebelahan di kediamannya di sini.

"Kita jemput semua rakyat Kelantan untuk bersama-sama menikmati juadah hari raya di samping bertemu mata, bertanya khabar dan bermaaf-maafan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Antara menu hari raya lain yang disediakan untuk tetamu ialah sate, ketupat, kambing golek dan pelbagai kuih-muih.

Mohd Nassuruddin yang berhari raya buat kali pertama sebagai Menteri Besar Kelantan selepas mengangkat sumpah jawatan itu 15 Ogos tahun lalu.