Penunggang wanita maut kemalangan dengan treler

Seorang penunggang motosikal wanita, maut dalam kemalangan di Jalan Klang Utama berhadapan sebuah kilang, pada tengah hari Selasa.
Seorang penunggang motosikal wanita, maut dalam kemalangan di Jalan Klang Utama berhadapan sebuah kilang, pada tengah hari Selasa.
A
A
A

KLANG - Seorang penunggang motosikal wanita, maut dalam kemalangan di Jalan Klang Utama berhadapan sebuah kilang, pada tengah hari Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori treler dan motosikal Yamaha SS110 dinaiki mangsa.

Menurutnya, wanita berusia 19 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, seramai enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.59 tengah hari.

"Berdasarkan laporan awal, mangsa yang menunggang motosikal dari Kapar ke Klang, digilis sebelum diseret beberapa meter," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: