Kemunculan Abby Abadi dalam Raya 4CM, lari dari naratif sedih Aidilfitri

Gandingan Abby Abadi dan pelakon cilik Rafique Iskandar dalam Raya 4CM.
Gandingan Abby Abadi dan pelakon cilik Rafique Iskandar dalam Raya 4CM.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] FILEM pendek sempena Aidilfitri, Raya 4CM menampilkan kelainan yang tersendiri dengan mengetengahkan genre humor sarat dengan mesej tersirat.

Naskhah terbitan ABIQ Group Sdn Bhd itu tidak 'terjebak' dengan naratif air mata sepertimana kebiasaan filem pendek atau iklan raya.

Pengarahnya, Adam Mukhriz berkata, Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan yang perlu diraikan dengan kegembiraan bukannya dengan linangan air mata.

"Raya 4CM menampilkan gandingan Abby Abadi dan bersama pelakon cilik yang akan mengembalikan memori zaman 90-an.

"⁠Mesej utama kami ialah masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk tunjukkan pengorbanan dan kasih sayang antara satu sama lain dan raya kita semua tak lengkap tanpa keluarga," katanya.

Pengarah Raya 4CM, Adam Mukhriz.
Pengarah Raya 4CM, Adam Mukhriz.

Lebih istimewa, Raya 4CM menyaksikan penampilan Abby Abadi selepas sekian lama menyepi dalam dunia lakonan. Kali ini, Abby berganding dengan bintang cilik dari siri TV, Khunsa iaitu pelakon cilik Rafique Iskandar.

Konsep Raya 4CM ini berbeza berbanding tahun 2023 yang berkonsep sedih melalui Rendang Nasib yang diterbitkan sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

⁠⁠Iklan yang mesti ditonton oleh segenap lapisan masyarakat boleh dilayari melalui saluran youtube ABIQTV, https://youtu.be/RYEn77v82fM?si=mCd7Ttb4IXzd-NIJ atau TikTok, @abiqtv.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!