China sahabat sejati - PM Dominica

Gambar hiasan 123RF.
Gambar hiasan 123RF.
A
A
A

BEIJING - Perdana Menteri Dominica, Roosevelt Skerrit menyifatkan China sebagai sahabat sejati dan sikap China yang sama rata terhadap negara lain meninggalkan kesan mendalam kepada beliau.

Demikian kata Skerrit dalam satu temu bual eksklusif dengan wartawan China dalam rangka lawatan rasmi ke-12 beliau ke China dari 23 hingga 29 Mac lepas.

Skerrit menyifatkan pertemuan dengan Presiden Xi sebagai agenda paling penting dalam lawatannya.

"Kami telah mengadakan perbincangan mengenai banyak isu penting, bukan sahaja mengenai hubungan dua hala, tetapi juga mengenai isu pelbagai hala.

"Kami telah mencapai konsensus mengenai perubahan iklim dengan bersetuju bahawa tindakan yang lebih pantas diperlukan untuk menangani isu tersebut.

"Dominica telah mendapat sokongan kuat daripada China untuk meningkatkan keupayaan dalam bidang menyesuaikan diri dengan perubahan iklim dan daya tahan terhadap bencana alam,” kata beliau.

Skerrit juga berpendapat, beberapa siri inisiatif yang dikemukakan oleh Presiden Xi membawa makna yang penting.

"Inisiatif-inisiatif ini menyumbang kepada pemeliharaan keamanan dunia, menggalakkan kemakmuran bersama, selain menyediakan peluang kepada setiap negara untuk mewujudkan kemakmuran.

Artikel Berkaitan:

"China adalah sahabat kami untuk selama-lamanya. China sentiasa memberi sokongan kepada kami, khususnya pada saat kami berada pada tempoh kritikal.

"China juga memberi bantuan secara inisiatif, sebelum kami mengemukakan permintaan. Dengan ini, kami mengucapkan terima kasih kepada Presiden Xi dan rakyat China,” kata Skerrit.

Untuk rekod, ribut tropika Erika yang pernah melanda Dominica pada Ogos 2015 meninggalkan impak besar, antara lain memusnahkan jalan raya sepanjang pantai di barat Dominica yang menghubungkan ibu kota Roseau dengan bandar kedua terbesar, Portsmouth.

Seterusnya pada awal pagi 19 September 2017, Taufan Maria dengan kekuatan pada tahap lima melanda Dominica dan hampir menghancurkan negara pulau kecil itu.

Pada masa kritikal itu, China tampil memikul tanggungjawab untuk membantu Dominica membaik pulih jalan raya dan projek berkenaan diselesaikan pada tahun 2020 di sebalik penularan pandemik Covid-19.

Skerrit berkata, dalam tempoh 20 tahun sejak kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik, China memahami kebimbangan Dominica, sebagai sebuah negara pulau kecil, mengenai perubahan iklim dan juga insaf akan aspirasi Dominica, sebagai sebuah negara membangun untuk berdikari dalam bidang ekonomi.

"Dominica dan banyak negara lain boleh mendapat peluang dari pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan yang menekankan pembinaan bersama.

"Dominica menyokong visi dan inisiatif China serta bersedia bekerjasama dengan China untuk mengamalkan multilateralisme dan mendorong keamanan dan pembangunan di dunia,” kata beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!