Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah ALLAH

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,145 pasang kasut dirampas bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah ALLAH.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rampasan kasut itu dilaksanakan di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah.

"Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melihat adakah (logo) itu mengikut reka bentuk kasut atau melambangkan tulisan khat (kalimah ALLAH)," katanya pada sidang akhbar, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, polis akan memanggil syarikat pengeluar kasut tersebut bagi membantu siasatan.

"Penjual atau syarikat pengeluar kasut, kita akan panggil. Selain itu, paling penting adalah laporan daripada Jakim.

"Sebanyak lapan laporan diterima berkaitan isu itu sehingga 7 malam Ahad," katanya.

Pada Ahad, media melaporkan polis membuka satu kertas siasatan berkaitan dakwaan jenama kasut memaparkan logo mirip kalimah ALLAH pada tapaknya yang tular di media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Pengurusan Vern’s Holding Sdn Bhd memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya yang menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

Syarikat itu menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan untuk memperlekeh atau menghina mana-mana agama atau kepercayaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Logo kasut mirip kalimah ALLAH: Jakim panggil pihak berkaitan esok

Logo kasut mirip kalimah ALLAH: Polis buka kertas siasatan

Vern’s mohon maaf logo kasut mirip kalimah ALLAH

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!