'Kereta ini hadiah Aidilfitri paling manis, bermakna'

Muhammad Shahrodzy dan Wan Norhidayah menunjukkan pelekat kemenangan mereka sebuah kereta pada Sabtu.
Muhammad Shahrodzy dan Wan Norhidayah menunjukkan pelekat kemenangan mereka sebuah kereta pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Sambutan Aidilfitri buat satu keluarga tahun ini penuh bermakna apabila memenangi hadiah sebuah kereta jenis Proton Saga selepas berbelanja kira-kira RM700 di bazar Aidilfitri di Bukit Sekilau, di sini.

Muhammad Shahrodzy Abdul Halim, 38, dan isterinya, Wan Norhidayah Wan Mohd, 35, tidak menyangka mereka akan memenangi hadiah utama cabutan bertuah di situ selepas membeli pakaian di bazar berkenaan.

Pemandu lori itu berkata, kali pertama mencuba nasib menyertai cabutan bertuah ternyata memberikan rezeki buat mereka.

Menurut Muhammad Shahrodzy, hadiah berkenaan pastinya memberi keselesaan buat mereka sekeluarga memandangkan kereta dimiliki ketika ini sudah berusia 14 tahun.

"Ini adalah hadiah hari raya paling manis untuk kami dan siapa sangka, rezeki sudah ditentukan Tuhan untuk kami sekeluarga.

"Saya bersyukur dan sudah tentu ia akan memberi manfaat kepada kami," katanya ketika ditemui di Bazar Aidilfitri di Bukit Sekilau di sini pada Sabtu malam.

Sementara itu, Wan Norhidayah mengucapkan terima kasih kepada penganjur bazar Aidilfitri tersebut.

"Saya tidak tahu hendak cakap apa, masih terkejut kerana ini kali pertama saya dan suami cuba nasib.

Artikel Berkaitan:

Shafieq (tengah) ketika ditemui di Bazar Aidilfitri di Bukit Sekilau di sini pada Sabtu malam.
Shafieq (tengah) ketika ditemui di Bazar Aidilfitri di Bukit Sekilau di sini pada Sabtu malam.

"Kami tidak sangka pula kereta ini akan dibawa pulang dan menjadi milik kami," ujarnya yang bekerja sebagai juruwang sebuah pasar raya di sini.

Dalam pada itu, wakil penganjur Grand Bazaraya Makmur Aidilfitri 2024, Shafieq Johari berkata, idea memperkenalkan cabutan bertuah di tapak bazar berkenaan sebagai satu cara untuk menarik kehadiran pengujung.

"Kami sediakan pelbagai hadiah cabutan bertuah setiap minggu dan malam ini (Sabtu) adalah kemuncak apabila pemenang hadiah utama dipilih.

"Tujuan utama kami menggunakan pendekatan ini adalah untuk membantu merancakkan perniagaan vendor yang berniaga di tapak bazar Aidilfitri Sekilau," ujarnya yang berpuas hati dengan sambutan dan jumlah pengunjung yang datang berbelanja di situ.

Beliau memberitahu, pihak pengurusan MitaShaMika Resources bercadang untuk menyediakan lebih banyak hadiah cabutan bertuah pada penganjuran bazar Aidilfitri tahun depan.

"Tahun depan kami rancang hendak membuat dua kategori cabutan bertuah iaitu untuk pengunjung dan vendor.

"Ini memastikan semua pihak dapat merasai rezeki membawa pulang hadiah yang kami akan sediakan," kata beliau lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!