Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini

BAM menggalakkan peminat membeli tiket mereka dengan memanfaatkan kempen tawaran awal dari 8 hingga 22 April untuk mendapatkan harga diskaun. Foto Facebook BAM
BAM menggalakkan peminat membeli tiket mereka dengan memanfaatkan kempen tawaran awal dari 8 hingga 22 April untuk mendapatkan harga diskaun. Foto Facebook BAM
A
A
A

PEMINAT badminton boleh membeli tiket secara dalam talian bermula jam 11 pagi Isnin ini untuk menyaksikan Kejohanan Masters Malaysia 2024 yang akan diadakan di Arena Axiata di Bukit Jalil dari 21-26 Mei ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggalakkan peminat membeli tiket mereka dengan memanfaatkan kempen tawaran awal (early bird) dari 8 hingga 22 April untuk mendapatkan tempat duduk mereka pada kadar diskaun.

BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.

"Perubahan ini bertujuan meningkatkan akses untuk peminat dengan kategori "Platinum' kini tersedia dengan tawaran awal," menurut BAM dalam kenyataan malam tadi.

Pembelian tiket dan maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari www.ticket2u.com.my. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: