Lubang 'telan' bas ragut enam nyawa

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian untuk melihat bas ditarik keluar dari lubang. - Foto AFP
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian untuk melihat bas ditarik keluar dari lubang. - Foto AFP
A
A
A

BEIJING - Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala 10 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah bas dan pejalan kaki terjatuh ke dalam lubang besar (sinkhole) di China.

Insiden itu turut mencetuskan letupan di dalam lubang tersebut.

Menerusi rakaman video yang dirakam orang awam dari perhentian bas berdekatan, bas berkenaan dilihat berhenti untuk mengambil penumpang sebelum ia tiba-tiba terjatuh ke dalam runtuhan bawah tanah.

Menurut laporan penyiar berita CCTV, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang (waktu tempatan) semalam di Xining dekat wilayah Qinghai.

Difahamkan, usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dan punca kejadian masih dalam siasatan. - AFP

Artikel Berkaitan: